Maybe,idk
Tuesday, May 23, 2017 • 1:23 AM • 0 comments yo!i wonder why i get paranoid when im high, i wonder why i say yes to everyone in my life , i wonder why i can't run that fast in my dreams... haa tu ada sedikit petikan lirik daripada lagu maybe, idk . currently listening to this songs. kind of relatable dengan hidup. Ah apa apa pun saya tengah berada didalam kegalauan yang menganggu hati beserta minda. Beberapa detik yang lalu yakni semalam.. saya menangis. Ingin sekali saya luahkan disini tapi.. biarlah rahsia dahulu. saya cuma meminimize kan perkongsian cerita di laman social. Begitu juga dengan manusia.. saya lebih rela menyimpan gundah gulana ini sehingga menjadi jeruk! dari meluahnya kepada yang tidak akan pernah mengerti. Kecuali Allah swt.. ya dia saja yang mengerti. saya kesal dengan apa saja yang saya rasa sejak beberapa detik ini. Saya sepertinya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Malah sering mengeluh. Saya sering kali mahu membenci, tetapi hakikatnya saya tidak boleh. Lucu jika kita cuba membenci apa yang kita sayang. Benci itu lebih memenatkan dari menyayangi. Lumrah jika kita kehilangan apa yang kita sayang. Tapi itu tidak bermakna kita perlu berubah untuk menjadi pembenci! saya mula rasa saya tidak diperlukan. walhal ramai saja yang memerlukan. saya cuma merujuk pada seorang itu saja. Dan saya cuba menjauh dari seorang itu tapi yang lain yang tiada kena mengena juga turut terlibat. Ingin menjauh daripada seorang manusia tapi manusia yang lainnya yang selalu ada bersama dengan saya juga saya mahu singkirkan. itu tidak adil. Dan tindakkan saya sebenarnya tidak matang. Kenapa saya dapat rasakan ada satu tembok pemisah di antara persahabatan ini. saya keliru. saya mungkin sudah tahu jawapannya. atau mungkin saya tidak tahu. Puncanya bila mula bermain dengan hati. Hati ... hati sukar dijaga. Hati sendiri sangat sukar dijaga berbanding hati orang lain. saya tahu saya salah dan saya berharap agar perasaan yang menyinggah hati ini bisa dibuang dengan secepatnya agar saya tidak berprasangka buruk terhadap sesiapa. Lagipun perasaan ini tidak layak berada disana. perasaan ini akan membuat kucar kacir. saya berusaha membuang perasaan ini demi cinta saya kepada persahabatan. Saya bukan seorang yang mudah mendapat kawan. Tidak ramai yang sanggup menetap disisi saya. Saya bukanlah seorang yang bijak.. tidak juga mempunyai apa apa kemahiran yang dapat dibanggakan. Apa yang saya ada cuma saya. Seorang manusia yang pendiam.. kadang-kadang suka berjenaka untuk mengukir tawa dibibir insan yang disayangi.. suka mendengar luahan mereka yang memerlukan teman. Sudi menjadi bahu jika ada yang mahu mengalirkan air mata. Tiada apa yang menarik di dalam diri ini. Dan fahamlah bila ada yang mulai bosan dan bertekad untuk meninggalkan saya bersendirian. saya tidak salahkan mereka bila mereka berbuat demikian. Saya sama sekali tidak akan membenci. Malah saya berasa kesal kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik bagi mereka. Sekali sahaja saya sudah sayang, sampai bila bila pun saya akan sayang. Saya bukan saya jika saya tidak banyak cakap dan banyak menyakat. Jika kamu melihat saya sebagai seorang yang pendiam dan membosankan. Maka saya belum memberi kamu peluang untuk melihat sisi yang ternyata berbeza. Ada yang bertuah(bertuahkah?) mengenali saya dan saya sudah menunjukkan belang dalam hanya pada masa yang singkat. itu berarti saya selesa dengan kamu. Jika tidak, kamu berkawan lah dengan saya selama satu tahun dua tahun atau tiga tahun insyaAllah kamu akan melihat sisi saya yang berbeza ini itu pun jika saya mahu kamu melihatnya dan selama tempoh berkawan itu kita kerap berjumpa. lagi senanglah saya menunjukkan siapa saya. Tapi ramai yang mengundur diri dari terus berkawan dengan saya yang membosankan ini. Maka mereka terlepas melihat diri saya yang sebenar. mungkin bukan rezeki saya untuk mengekalkan tali persahabatan itu. saya redha. Saya berharap saya boleh mengubah diri saya. Tapi saya lebih suka jika ada yang menghargai saya tanpa saya perlu berubah kepada sesuatu yang saya tidak gemar. atau sesuatu yang bukan saya. Memang ada yang menghargai saya. Saya berterima kasih . Saya akan lebih menghargai mereka yang ada di depan mata berbanding saya perlu mengejar perhatian seseorang yang tidak mahu diganggu. Dan minta maaf lah jika cara penulisan saya kali ini agak...... formal kah ini? atau persis seperti penulisan novel.. haha. saya baru sahaja menamatkan pembacaan novel yang terbaru dari RAM iaitu Anding ayangan. Mungkin terkena tempias penulisan sang penulis novel. Apa apa pun Novel itu sangat mengujakan. walaupun sedikit geram kerana ada sambungan. tapi tidak mengapa.. Saya harap umur saya cukup panjang untuk menanti sambungan novel ini. Sekian lah dari saya. Mata mulai mengantuk dek kerana sudah pukul 1 pagi. Daripada mengantuk ini bertukar menjadi lapar eloklah saya mengundur diri dahulu dan jika ada masa terluang dan ada idea yang bernas saya akan cuba menulis lagi di blog ini. Yang saya tahu tiada pembacannya. Mungkin berguna bila saya sudah tiada dimuka bumi ini lagi. hehe. baiklah. saya mematikan penulisan saya dengan Assalamualaikum wbt..... |
MY WORDS;
WASSUP
PLEASE.. |