Kehilangan
Saturday, April 8, 2017 • 1:52 AM • 0 comments hey ..so malam ni aku nak share kisah hidup aku yang boleh dikatakan kisah "hitam" lah yang terjadi 8 tahun yang lalu. semua orang dalam dunia ni mesti pernah melalui detik detik kehidupan yang mereka tidak akan pernah lupa sampai bila bila.. tak kira la sama ada sedih atau gembira. Tapi selalunya yang sedih lah kan. okay baik. mungkin ada yang dah muak dengar cerita hidup aku ni. mungkin ada yang masih teruja untuk mendengar dan mungkin ada yang akan mendengar tapi tidak teruja untuk mengetahui lebih lanjut sebab mereka dah pernah dengar tentang ini atau mereka hanya berpura pura kesah sekadar untuk menjaga hati si pencerita.Tak kesah lah mana mana pun. janji ini bukan aku reka ceritanya. aku cerita apa yang aku ingat dan aku sendiri lalui. Dari aku kecik lagi aku memang sering melihat ibu aku sakit. Aku lahir mungkin hanya sekadar untuk melihat orang yang melahirkan aku itu sakit. Kakak dan abang aku selalu kata yang " dulu mak suka masak. banyak benda yang mak masak. Tapi lepas kau lahir, mak sudah jarang memasak" atas sebab ni aku tak tahu masakan mak aku yang mana yang aku suka. aku tak tahu sebab aku tiada memori mengenai masakan mak aku sendiri. Mungkin betullah sedap, sebab ramai orang yang berkata bahawa masakan seorang ibu adalah masakan yang paling sedap. Apa yang aku ingat semua mengenai sakit. dulu... aku rasa masa aku tadika atau darjah satu. Mak aku dikejarkan ke hospital. Kerana cancer. Dia dibedah. siapa yang tahu apa yang pesakit cancer lalui mungkin akan faham apa yang aku nampak. Maksudnya keadaan mak aku lepas chemo . masa aku kecik lagi. Aku tak berapa faham. tapi aku tahu mak aku sakit. Mak aku tinggalkan aku dekat rumah. dan ramai saudara mara yang datang untuk menjaga aku, akak aku dan abang aku. Mak aku ditahan di hospital untuk menjalani pembedahan. Aku tak tahu berapa lama mak aku tinggalkan kami. Tapi sekembalinya mak dekat rumah.. Mak tunjuk kesan pembedahan tu. Selepas tu mak makin sihat. Alhamdulillah. akak aku pula sambung study dekat semenanjung masa aku baru darjah 5. dan masa tu kesihatan ibu kembali merosot. Aku , ayah aku dan abang banyak menjaga mak. Aku melihat terlalu banyak kesakitan pada umur itu. Mak tidak lagi dapat bersiar siar diluar. Aku pula banyak menghabiskan masa bersama mak dekat rumah. Aku sudah lama tidak merasa masakan mak. Aku terpaksa masak untuk mak walaupun aku langsung tidak tahu memasak. Aku kesal sebab apa yang aku masak semuanya tak sedap. Apa yang aku masak, mak makan. tapi aku memang kurang memori mengenai ini. Mungkin aku terlupa atau memori ni terlalu menyakitkan untuk aku ingat sampai aku terlupa. Waktu berganti waktu.. aku mula masuk form 1. aku mula masuk ke alam sekolah menengah. mak aku masih terlantar sakit. sampai lah aku form 3. detik detik yang aku lalui bersama mak pada waktu ini amat sulit. Bagi sesiapa yang pernah menjaga orang yang sakit tahu bagaimana ragam mereka. Aku menangis.. aku marah... macam macam aku lalui. Jujur aku pernah rasa mahu give up. Aku bukan seorang anak yang matang. aku manja. aku tak tahu menjaga. Apa yang aku harap masa tu kakak aku ada. aku langsung tak tahu mahu buat apa. Dan akhirnya penderitaan mak aku berakhir semasa aku berada di tingkatan 3. sehari sebelum mak pergi.. Mak senyum dan ucap terima kasih pada aku kerana telah membuatkannya segelas susu pada malam itu. itu kali terakhir aku menerima senyuman yang indah dari mak. keesokan paginya.. aku macam biasa bersiap untuk ke sekolah. Aku menghadapi peperiksaan PMR pada ketika itu. dan pada hari itu juga mak setelah sekian lama dipujuk akhirnya mahu ke hospital. Pagi itu perfume aku pecah. aku tidak terfikir apa apa pasal kejadian itu. Aku terus pergi sekolah. Sekembalinya aku dari sekolah.. aku tahu yang mak sudah berangkat ke hospital. Apa yang orang tidak tahu, aku menangis sepenuh hati pada hari itu bersendirian di dalam bilik. aku menangis sambil berkata " mak tolong sihat, aku masih perlukan mak . tolong lah sihat" dan terus menangis tanpa ada seorang pun yang perasan. ayah berada di hospital bersama ibu. kakak pula bekerja. abang tiada dirumah. aku seorang ketika itu menangis. aku menangis sebab selama ni bila balik sekolah mak ada tunggu aku dirumah. Petang itu, saudara mara aku datang rumah. mereka kata ayah aku kata yang mak sakit dekat hospital. aku terpaksa tunggu akak aku habis kerja. dan kami decided bertolak ke queen elizabeth hospital dekat kota kinabalu yang memakan masa 1 jam setengah untuk sampai. kami bertolak pada waktu malam dalam sampai di sana tengah malam. setibanya aku disana ayah aku menarik tangan aku sambil berkata " cepat cepat mak nazak" aku masuk dalam wad. aku menangis. mak aku tak kenal aku. mak aku betul betul nazak. aku tak faham. aku keliru dengan apa yang aku nampak. aku mengurut kaki mak aku... tapi mak aku seolah olah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Mereka terpaksa menyuruh aku balik.. ketika itu sudah pukul 2 pagi tidak silap.. dan aku ada peperiksaan yang harus aku duduki di sekolah esok pagi. aku meninggalkan ibu. dan paginya aku ke sekolah macam biasa. ramai yang menegur mata aku yang lebam. mereka ingat aku hanya sekadar tidak cukup tidur. dan aku cuma mengiyakan apa yang rakan rakan aku perkatakan sambil tersenyum. Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat. salah seorang kawan aku datang dan berkata " bibiey! kakak kau cari kau" dan aku bergegas menuju ke arah kakak aku. kakak aku kata yang mak makin nazak. tapi pagi tadi mak seolah olah sudah sihat ayah yang kata begitu. kakak mahu minta keizinan pihak sekolah untuk melepaskan aku balik rumah. tapi tidak diizinkan. aku terserempak dengan cikgu yang menjaga peperiksaan . kakak aku explain semua dekat cikgu tu dan cikgu tu kata "pmr ni tak boleh ulang. lainlah spm, bersabar lah okay" dan tidak sangka .. ayat "bersabarlah" itu telah membuatkan hati aku sebak lalu mengalirkan air mata. aku berlari ke tandas dan menangis. malangnya ada kawan aku yang menyaksikan kejadian itu. mereka mengetuk pintu tandas menyuruh aku keluar. aku terpaksa keluar kerana peperiksaan seterusnya bakal berlmula. sebaik saja aku keluar mereka bertanya soalan bertubi tubi. aku cuma mampu senyum dan berkata " tiada apa" semasa aku menjawab soalan . pengawas peperiksaan tiba tiba menyuruh aku keluar dari kelas untuk berjumpa dengan mak aku. Aku nampak ayah aku dan dia menarik tangan aku menuju ke luar pagar sekolah dimana terletaknya sebuah ambulance dekat situ. Sebaik saja aku masuk. aku terlihat mak. badan dia masih panas. aku menangis menangis dan menangis. aku meminta maaf . aku cium mak. dan aku keluar balik dari ambulance dan balik semula ke dalam kelas untuk menjawab peperiksaan. setelah habis peperiksaan. aku diiring jiran aku balik ke rumah. jiran aku menumpangkan aku untuk naik kereta beliau. Sebaik sampai di depan rumah aku melihat ramai orang berkumpul. aku masih tidak mengetahui yang mak aku sudah tiada. yang aku tahu dia cuma masih nazak macam tadi. aku masuk kerumah. aku nampak kakak aku sedang menangis. dan aku tidak menahan sebak.. aku terus meraung dan ramai orang cuba menenangkan aku. mereka cuba menarik aku untuk melihat wajah mak. tapi aku tidak mahu. kerana aku tahu hati aku akan hancur. mak aku akan di kebumikan pada esok hari. dan esok paginya aku masih ada paper untuk di jawab. pagi itu aku bangun sebelum ke sekolah aku disuruh untuk melihat wajah ibu untuk kali yang terakhir. seketika ayah aku menyelak kain yang menutupi wajah ibu. aku masih berharap apa yang aku nampak cuma mimpi. aku mengucup dahi ibu dan terasa sangat sejuk. pada waktu itu barulah aku benar benar menerima hakikat kan mak sudah tiada. aku menangis lagi. sampai di sekolah kawan baik aku menjemput aku dengan senyuman. dan aku rasa tenang pada waktu itu. mungkin kerana aku bukan jenis yang akan menangis depan orang. aku cuma senyum dan senyum. selepas aku menyelesaikan peperiksaan . aku terus menuju ke kampung untuk melihat pengembumian mak. tapi sayangnya apabila aku sampai mak sudah selesai dikebumikan. aku menangis lagi tapi cuma dalam hati. kerana aku teringat pesan mak. jangan menangis bila mak sudah tiada. tapi maaf mak. anak mu masih menangis hingga ke saat ini. sudah 8 tahun mak meninggalkan aku. perasaan itu masih terasa baru. maafkan anakmu yang masih menangisi pemergian mu. sekian. |
MY WORDS;
WASSUP
PLEASE.. |