TheAlien
OWNER STORIES BLOGGER
Mari belajar bahasa sabah :)
Friday, June 22, 2012 • 5:34 AM • 0 comments
Assalamualaikum wbt..



Heyy u'olls .. haha.. tetiba terbuka hati mahu share pasal bahasa sabah di blog ni. Daripada saya post benda yang mengarut lagi tidak berasas bagus saya post benda-2 yang ada gunanya jugalah.. aha..Memandangkan saya ni orang sabah.. saya akan ajar kamu-2 yg xtahu bersabahan terutama yang asal dari semenanjung itew. kawan-2 saya pun banyak dari sana juga.. saya akan ajar kamu guna kata tambahan "BAH" dengan cara yang betul. Dan juga ada lagi ayat-2 yang lain lah.. yang hanya/selalu digunakan di sabah.


#Serius note: sebelum saya mula. saya mahu kamu tahu. Yang slang sabah amat seamat-amat berbeza daripada slang indonesia. Seriously. Tak sama langsung lah. so, jangan salah faham ye. sekian.


Seperti yang anda tahu. perkataan "BAH" itu merupakan satu perkataan yang wajib dituturkan dalam conversation harian orang-2 sabah. Kalau xguna "bah" tu xsah. Tapi ada juga orang-2 yang tersalah guna perkataan ini dalam perbualan. Terutamanya orang-2 semenanjunglah.. aha.. tapi tidak semualah.. ada juga orang-2 semenanjung yang tahu mengunakan perkataan ini. But it's okay. sebab itu la kita kena belajar kan.. untuk memperbaiki kesilapan.. hehe..


Ini antara contoh penggunaan perkataan "bah" yang salah .  C = correction.

1- Kau sudah makan ka bah ? C= kau sudah makan ka?
2 - Apa khabar kau bah ? C= apa khabar kau?
3 - Kau asal sabah ka bah? *ada orang pernah tnya aku gini :D C= kau asal sabah ka?


Hah.. begitu la lebih kurang kesalahan pengunaan perkataan "bah" yang xboleh dimaafkan. haha.. menangis orang sabah baca ni. aha.. Seperti yang anda dapat lihat .. perkataan "bah" itu tidak semestinya perlu digunakan dalam setiap ayat yang akan digunakan.. carilah tempat-2 yang sesuai untuk menggunakan perkataan tersebut.



Contoh penggunaan perkataan "bah" yang betul.


1 - kenapa bah kau ni?
2 - saya tida mau pigi sikul bahh.
3 - Bah, bila mau jalan ni? 

contoh dialog "bah" membawa maksud Ya/baiklah

lepas ni kau tidur ah .


Bah .


Selain itu, perkataan "bah" juga digunakan untuk menyapa seseorang. A form of greeting.

contoh dialog :

si A : Bah ! ( sambil senyum then angkat tgn sket )Si B : Bah! (senyum then angkat tgn juga)




okay. enough with "bah" .. saya akan ajar beberapa perkataan yang kamu perlu tahu. Perkataan ni kamu xakan dapat tahu secara immediately maksudnya. okay.. lets start :D


perkataan 1
tapuk : sembunyi .
contoh ayat : siapaaaa yg tapuk sia punya dumpit(dompet) ni ah?

perkataan 2
Limpas : lalu
contoh ayat : Aku ada limpas rumah kau tadi. Tapi macam teda urang. Jadi saya pun pulanglah.

perkataan 3
bubut : kejar
contoh ayat: Tadi jiran sia kana(kena) bubut anjing. padan muka.

perkataan 4
Lidut : lambat
contoh ayat: punya lidut tu urang bajalan(berjalan). laju lagi kura-2 bahhh.

perkataan 5
Limpang : baring
contoh ayat : bagus saya limpang-2 dulu sambil tunggu tu urang sampai.

perkataan 6
Lakas : cepat
contoh ayat : Bah, lakas ehh. lambat sudah nii.

perkataan 7
giuk : ulat
contoh ayat: eeeeee. punya basar-2 tu giuk. gali(geli) saya ehh.

perkataan 8
bida : buruk/xcantik
contoh ayat : masa kici(kecik) okay lagi muka dia, sikarang bida sudah. macam bukan urang!

perkataan 9
sikui : buah tembikai
contoh ayat: macam lama sudah sia tida makan sikui ni.

perkataan 10
kadapatan : kantoii
contoh ayat : nahh, kadapatan c agus meniru tym exam.

 
okay .. sampai sini seja la dulu ah.. penat saya menaip.. haha.. nanti kalau saya rajin saya buat lagi part 2.. apa-2pun saya mahu share satu lagi perkataan. haha.. perkataan itu ialah "mangit" rasanya ni bahasa bisaya.. maksud mangit ni "marah" .. aha.. okay.. that's all.. Proud to be sabahan.. hehe.. k assalamualaikum..













PAST • FUTURE
MY WORDS;
Hi! welcome ! ^^btw If you can't see the past&future button at the bottom , you can zoom out a little bit and you can see the button. tq ^^

WASSUP


" ILMU penyuluh hidup. AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti "

PLEASE..


.