TheAlien
OWNER STORIES BLOGGER
Maybe,idk
Tuesday, May 23, 2017 • 1:23 AM • 0 comments
yo!







i wonder why i get paranoid when im high, i wonder why i say yes to everyone in my life , i wonder why i can't run that fast in my dreams...

haa tu ada sedikit petikan lirik daripada lagu maybe, idk . currently listening to this songs. kind of relatable dengan hidup. Ah apa apa pun saya tengah berada didalam kegalauan yang menganggu hati beserta minda. Beberapa detik yang lalu yakni semalam.. saya menangis. Ingin sekali saya luahkan disini tapi.. biarlah rahsia dahulu. saya cuma meminimize kan perkongsian cerita di laman social. Begitu juga dengan manusia.. saya lebih rela menyimpan gundah gulana ini sehingga menjadi jeruk! dari meluahnya kepada yang tidak akan pernah mengerti. Kecuali Allah swt.. ya dia saja yang mengerti.

saya kesal dengan apa saja yang saya rasa sejak beberapa detik ini. Saya sepertinya tidak bersyukur dengan apa yang ada. Malah sering mengeluh. Saya sering kali mahu membenci, tetapi hakikatnya saya tidak boleh. Lucu jika kita cuba membenci apa yang kita sayang. Benci itu lebih memenatkan dari menyayangi. Lumrah jika kita kehilangan apa yang kita sayang. Tapi itu tidak bermakna kita perlu berubah untuk menjadi pembenci! saya mula rasa saya tidak diperlukan. walhal ramai saja yang memerlukan. saya cuma merujuk pada seorang itu saja. Dan saya cuba menjauh dari seorang itu tapi yang lain yang tiada kena mengena juga turut terlibat. Ingin menjauh daripada seorang manusia tapi manusia yang lainnya yang selalu ada bersama dengan saya juga saya mahu singkirkan. itu tidak adil.

Dan tindakkan saya sebenarnya tidak matang. Kenapa saya dapat rasakan ada satu tembok pemisah di antara persahabatan ini. saya keliru. saya mungkin sudah tahu jawapannya. atau mungkin saya tidak tahu. Puncanya bila mula bermain dengan hati. Hati ... hati sukar dijaga. Hati sendiri sangat sukar dijaga berbanding hati orang lain. saya tahu saya salah dan saya berharap agar perasaan yang menyinggah hati ini bisa dibuang dengan secepatnya agar saya tidak berprasangka buruk terhadap sesiapa. Lagipun perasaan ini tidak layak berada disana. perasaan ini akan membuat kucar kacir. saya berusaha membuang perasaan ini demi cinta saya kepada persahabatan. Saya bukan seorang yang mudah mendapat kawan.

Tidak ramai yang sanggup menetap disisi saya. Saya bukanlah seorang yang bijak.. tidak juga mempunyai apa apa kemahiran yang dapat dibanggakan. Apa yang saya ada cuma saya. Seorang manusia yang pendiam..  kadang-kadang suka berjenaka untuk mengukir tawa dibibir insan yang disayangi.. suka mendengar luahan mereka yang memerlukan teman. Sudi menjadi bahu jika ada yang mahu mengalirkan air mata. Tiada apa yang menarik di dalam diri ini. Dan fahamlah bila ada yang mulai bosan dan bertekad untuk meninggalkan saya bersendirian. saya tidak salahkan mereka bila mereka berbuat demikian.

Saya sama sekali tidak akan membenci. Malah saya berasa kesal kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik bagi mereka. Sekali sahaja saya sudah sayang, sampai bila bila pun saya akan sayang. Saya bukan saya jika saya tidak banyak cakap dan banyak menyakat. Jika kamu melihat saya sebagai seorang yang pendiam dan membosankan. Maka saya belum memberi kamu peluang untuk melihat sisi yang ternyata berbeza. Ada yang bertuah(bertuahkah?) mengenali saya dan saya sudah menunjukkan belang dalam hanya pada masa yang singkat. itu berarti saya selesa dengan kamu. Jika tidak, kamu berkawan lah dengan saya selama satu tahun dua tahun atau tiga tahun insyaAllah kamu akan melihat sisi saya yang berbeza ini itu pun jika saya mahu kamu melihatnya dan selama tempoh berkawan itu kita kerap berjumpa. lagi senanglah saya menunjukkan siapa saya.

Tapi ramai yang mengundur diri dari terus berkawan dengan saya yang membosankan ini. Maka mereka terlepas melihat diri saya yang sebenar. mungkin bukan rezeki saya untuk mengekalkan tali persahabatan itu. saya redha. Saya berharap saya boleh mengubah diri saya. Tapi saya lebih suka jika ada yang menghargai saya tanpa saya perlu berubah kepada sesuatu yang saya tidak gemar. atau sesuatu yang bukan saya. Memang ada yang menghargai saya. Saya berterima kasih . Saya akan lebih menghargai mereka yang ada di depan mata berbanding saya perlu mengejar perhatian seseorang yang tidak mahu diganggu. Dan minta maaf lah jika cara penulisan saya kali ini agak...... formal kah ini? atau persis seperti penulisan novel.. haha. saya baru sahaja menamatkan pembacaan novel yang terbaru dari RAM iaitu Anding ayangan. Mungkin terkena tempias penulisan sang penulis novel. Apa apa pun Novel itu sangat mengujakan. walaupun sedikit geram kerana ada sambungan. tapi tidak mengapa.. Saya harap umur saya cukup panjang untuk menanti sambungan novel ini.

Sekian lah dari saya. Mata mulai mengantuk dek kerana sudah pukul 1 pagi. Daripada mengantuk ini bertukar menjadi lapar eloklah saya mengundur diri dahulu dan jika ada masa terluang dan ada idea yang bernas saya akan cuba menulis lagi di blog ini. Yang saya tahu tiada pembacannya. Mungkin berguna bila saya sudah tiada dimuka bumi ini lagi. hehe. baiklah. saya mematikan penulisan saya dengan Assalamualaikum wbt.....

IMPIAN
Monday, May 15, 2017 • 5:43 PM • 0 comments
hai.






Apa itu impian? impian akan muncul jika kita mula menginginkan sesuatu yang kita suka untuk terjadi atau untuk kita kecapi. kadang kadang kita mengimpikan sesuatu yang mustahil. mustahil kah? tiada yang mustahil jika kita benar benar mengimpikan sesuatu itu dan kita akan berusaha mengecapinya. Jika kita rasa apa yang kita impikan itu mustahil , maka itu bukan impian. itu cuma mimpi. mimpi yang cuma akan membuaikan perasaan kita tanpa perlu bergerak untuk cuba merealisasikan mimpi itu. Dan bila kita cuba merealisasikan mimpi maka itu lah dia impian.

Apabila impian telah kita kecapi, disitu lah kita akan dapat kejayaan. Dan mungkin kebahagiaan. Masalah akan sentiasa ada. sentiasa. Kerana masalah lah kita akan cuba untuk hidup dengan cara lebih baik supaya masalah yang sama tidak datang kepada kita sekali lagi. Ada kala kita akan mula penat dengan semua benda. kita rasa puas hidup dengan masalah, tapi kita lupa.. sebelum masalah itu bertandang.. kita pernah tertawa.. kita pernah bahagia. kenapa perlu mengalah dengan masalah yang datang? ini hidup kita.. biar kita yang tentukan sama ada masalah yang datang itu akan mengubah hidup kita ataupun tidak.

Hidup kita cuma sementara. kita sendiri tak tahu sampai bila kita akan hidup. sampai bila kita akan berhadapan dengan masalah. Atau mungkin hidup kita berakhir semasa kita hadapi masalah. Dan kita buang masa dengan masalah yang ada. Kita langsung tidak sempat menikmati apa yang ada didunia. kita lupa yang hidup ini cuma sementara dan kita melayan masalah seperti kita akan hidup selamanya dengan masalah. kita akan jadi apa yang kita fikirkan akan jadi. Fikir negatif, maka negatif lah yang akan jadi. begitu lah sebaliknya. Jika kita bermain dengan lumpur maka kotorlah kita, jika kita bermain dengan kaca maka terluka lah kita. Tapi kotoran lumpur yang melekat pada kita itu kita boleh basuh dengan air dan anggota badan yang terluka akibat kaca lambat laun akan sembuh juga.

tujuan saya mengemas kini blog ini adalah kerana saya mahu berkongsi mengenai salah satu impian saya. saya sedar yang saya banyak menghabiskan masa memikirkan masalah yang tidak pernah habisnya. Saya bersedih. saya menangis. Tapi semua itu tidak akan dapat buat impian saya tercapai. Impian saya cuma satu, mahu hidup bebas .. mengembara.. dan tidak mahu berfikir mengenai masalah hidup terlalu kerap. Saya terlalu merindui rakan rakan saya. yang jauh yang dekat.. saya pernah terfikir untuk menjauh dari mereka seketika supaya saya dapat merindu mereka dengan lebih kuat dan bila saya bertekad untuk bertemu mereka setelah sekian lama.. saya akan terus berlari kearah mereka dan memberikan satu pelukkan rindu yang saya simpan.

saya cuma tidak mahu mereka bosan bila saya sentiasa ada bersama mereka. Kadang kadang menjauh dari orang yang kita sayang tidak akan membuatkan mereka membenci atau melupakan kita. Sebaliknya mereka akan lebih menghargai kita. dan kita akan lebih menghargai mereka. Kita takkan pernah menghargai sesuatu yang selalu ada depan mata kita. itu lumrah. sahabat sekalian. saya minta maaf jika saya tidak dapat bersama disetiap saat hidup kamu.. sama ada saat saat yang manis mahupun pahit. Saya berterima kasih di atas kesetiaan kamu bersama saya sepanjang hidup ini walaupun saya sering melakukan salah, sering melukakan hati para sahabat.. sesungguhnya saya amat mencintai kalian. saya bukan seseorang yang suka memberi pelukan. tapi saya suka akan pelukan. Berada di dalam pelukan seseorang akan membuatkan kita akan lebih rasa selamat. Saya janji akan lebih kerap memeluk kalian kerana saya tidak tahu bila kali terakhir saya dapat memeluk kalian.


i will always remember all of you. i hope one day all of you will be happy as you pretend to be right now. we'll hangout.. laughing together.. forget the world.. have fun.. i'll be waiting for those day.. and if those day have come but im not around anymore.. please proceed.. i'll be right there with you.. in your heart. always.


bye. i'll see you when i see you :)
-bibiey




Kehilangan
Saturday, April 8, 2017 • 1:52 AM • 0 comments
hey ..






so malam ni aku nak share kisah hidup aku yang boleh dikatakan kisah "hitam" lah yang terjadi 8 tahun yang lalu. semua orang dalam dunia ni mesti pernah melalui detik detik kehidupan yang mereka tidak akan pernah lupa sampai bila bila.. tak kira la sama ada sedih atau gembira. Tapi selalunya yang sedih lah kan. okay baik. mungkin ada yang dah muak dengar cerita hidup aku ni. mungkin ada yang masih teruja untuk mendengar dan mungkin ada yang akan mendengar tapi tidak teruja untuk mengetahui lebih lanjut sebab mereka dah pernah dengar tentang ini atau mereka hanya berpura pura kesah sekadar untuk menjaga hati si pencerita.Tak kesah lah mana mana pun. janji ini bukan aku reka ceritanya. aku cerita apa yang aku ingat dan aku sendiri lalui.

Dari aku kecik lagi aku memang sering melihat ibu aku sakit. Aku lahir mungkin hanya sekadar untuk melihat orang yang melahirkan aku itu sakit. Kakak dan abang aku selalu kata yang " dulu mak suka masak. banyak benda yang mak masak. Tapi lepas kau lahir, mak sudah jarang memasak" atas sebab ni aku tak tahu masakan mak aku yang mana yang aku suka. aku tak tahu sebab aku tiada memori mengenai masakan mak aku sendiri. Mungkin betullah sedap, sebab ramai orang yang berkata bahawa masakan seorang ibu adalah masakan yang paling sedap.

Apa yang aku ingat semua mengenai sakit. dulu... aku rasa masa aku tadika atau darjah satu. Mak aku dikejarkan ke hospital. Kerana cancer. Dia dibedah. siapa yang tahu apa yang pesakit cancer lalui mungkin akan faham apa yang aku nampak. Maksudnya keadaan mak aku lepas chemo .  masa aku kecik lagi. Aku tak berapa faham. tapi aku tahu mak aku sakit. Mak aku tinggalkan aku dekat rumah. dan ramai saudara mara yang datang untuk menjaga aku, akak aku dan abang aku. Mak aku ditahan di hospital untuk menjalani pembedahan. Aku tak tahu berapa lama mak aku tinggalkan kami. Tapi sekembalinya mak dekat rumah.. Mak tunjuk kesan pembedahan tu.

Selepas tu mak makin sihat. Alhamdulillah. akak aku pula sambung study dekat semenanjung masa aku baru darjah 5. dan masa tu kesihatan ibu kembali merosot. Aku , ayah aku dan abang banyak menjaga mak. Aku melihat terlalu banyak kesakitan pada umur itu. Mak tidak lagi dapat bersiar siar diluar. Aku pula banyak menghabiskan masa bersama mak dekat rumah. Aku sudah lama tidak merasa masakan mak. Aku terpaksa masak untuk mak walaupun aku langsung tidak tahu memasak. Aku kesal sebab apa yang aku masak semuanya tak sedap. Apa yang aku masak, mak makan. tapi aku memang kurang memori mengenai ini. Mungkin aku terlupa atau memori ni terlalu menyakitkan untuk aku ingat sampai aku terlupa.

Waktu berganti waktu..  aku mula masuk form 1. aku mula masuk ke alam sekolah menengah. mak aku masih terlantar sakit. sampai lah aku form 3. detik detik yang aku lalui bersama mak pada waktu ini amat sulit. Bagi sesiapa yang pernah menjaga orang yang sakit tahu bagaimana ragam mereka. Aku menangis.. aku marah... macam macam aku lalui. Jujur aku pernah rasa mahu give up. Aku bukan seorang anak yang matang. aku manja. aku tak tahu menjaga. Apa yang aku harap masa tu kakak aku ada. aku langsung tak tahu mahu buat apa. Dan akhirnya penderitaan mak aku berakhir semasa aku berada di tingkatan 3. sehari sebelum mak pergi.. Mak senyum dan ucap terima kasih pada aku kerana telah membuatkannya segelas susu pada malam itu. itu kali terakhir aku menerima senyuman yang indah dari mak.

keesokan paginya.. aku macam biasa bersiap untuk ke sekolah. Aku menghadapi peperiksaan PMR pada ketika itu. dan pada hari itu juga mak setelah sekian lama dipujuk akhirnya mahu ke hospital. Pagi itu perfume aku pecah. aku tidak terfikir apa apa pasal kejadian itu. Aku terus pergi sekolah. Sekembalinya aku dari sekolah.. aku tahu yang mak sudah berangkat ke hospital. Apa yang orang tidak tahu, aku menangis sepenuh hati pada hari itu bersendirian di dalam bilik. aku menangis sambil berkata " mak tolong sihat, aku masih perlukan mak . tolong lah sihat" dan terus menangis tanpa ada seorang pun yang perasan. ayah berada di hospital bersama ibu. kakak pula bekerja. abang tiada dirumah. aku seorang ketika itu menangis. aku menangis sebab selama ni bila balik sekolah mak ada tunggu aku dirumah. Petang itu, saudara mara aku datang rumah. mereka kata ayah aku kata yang mak sakit dekat hospital.

aku terpaksa tunggu akak aku habis kerja. dan kami decided bertolak ke queen elizabeth hospital dekat kota kinabalu yang memakan masa 1 jam setengah untuk sampai. kami bertolak pada waktu malam dalam sampai di sana tengah malam. setibanya aku disana ayah aku menarik tangan aku sambil berkata " cepat cepat mak nazak" aku masuk dalam wad. aku menangis. mak aku tak kenal aku. mak aku betul betul nazak. aku tak faham. aku keliru dengan apa yang aku nampak. aku mengurut kaki mak aku... tapi mak aku seolah olah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Mereka terpaksa menyuruh aku balik.. ketika itu sudah pukul 2 pagi tidak silap.. dan aku ada peperiksaan yang harus aku duduki di sekolah esok pagi.

aku meninggalkan ibu. dan paginya aku ke sekolah macam biasa. ramai yang menegur mata aku yang lebam. mereka ingat aku hanya sekadar tidak cukup tidur. dan aku cuma mengiyakan apa yang rakan rakan aku perkatakan sambil tersenyum. Loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat. salah seorang kawan aku datang dan berkata " bibiey! kakak kau cari kau" dan aku bergegas menuju ke arah kakak aku. kakak aku kata yang mak makin nazak. tapi pagi tadi mak seolah olah sudah sihat ayah yang kata begitu. kakak mahu minta keizinan pihak sekolah untuk melepaskan aku balik rumah. tapi tidak diizinkan. aku terserempak dengan cikgu yang menjaga peperiksaan . kakak aku explain semua dekat cikgu tu dan cikgu tu kata "pmr ni tak boleh ulang. lainlah spm, bersabar lah okay" dan tidak sangka .. ayat "bersabarlah" itu telah membuatkan hati aku sebak lalu mengalirkan air mata. aku berlari ke tandas dan menangis. malangnya ada kawan aku yang menyaksikan kejadian itu. mereka mengetuk pintu tandas menyuruh aku keluar. aku terpaksa keluar kerana peperiksaan seterusnya bakal berlmula.

sebaik saja aku keluar mereka bertanya soalan bertubi tubi. aku cuma mampu senyum dan berkata " tiada apa" semasa aku menjawab soalan . pengawas peperiksaan tiba tiba menyuruh aku keluar dari kelas untuk berjumpa dengan mak aku. Aku nampak ayah aku dan dia menarik tangan aku menuju ke luar pagar sekolah dimana terletaknya sebuah ambulance dekat situ. Sebaik saja aku masuk. aku terlihat mak. badan dia masih panas. aku menangis menangis dan menangis. aku meminta maaf . aku cium mak. dan aku keluar balik dari ambulance dan balik semula ke dalam kelas untuk menjawab peperiksaan.

setelah habis peperiksaan. aku diiring jiran aku balik ke rumah. jiran aku menumpangkan aku untuk naik kereta beliau. Sebaik sampai di depan rumah aku melihat ramai orang berkumpul. aku masih tidak mengetahui yang mak aku sudah tiada. yang aku tahu dia cuma masih nazak macam tadi. aku masuk kerumah. aku nampak kakak aku sedang menangis. dan aku tidak menahan sebak.. aku terus meraung dan ramai orang cuba menenangkan aku. mereka cuba menarik aku untuk melihat wajah mak. tapi aku tidak mahu. kerana aku tahu hati aku akan hancur. mak aku akan di kebumikan pada esok hari. dan esok paginya aku masih ada paper untuk di jawab. pagi itu aku bangun sebelum ke sekolah aku disuruh untuk melihat wajah ibu untuk kali yang terakhir. seketika ayah aku menyelak kain yang menutupi wajah ibu. aku masih berharap apa yang aku nampak cuma mimpi. aku mengucup dahi ibu dan terasa sangat sejuk. pada waktu itu barulah aku benar benar menerima hakikat kan mak sudah tiada.

aku menangis lagi. sampai di sekolah kawan baik aku menjemput aku dengan senyuman. dan aku rasa tenang pada waktu itu. mungkin kerana aku bukan jenis yang akan menangis depan orang. aku cuma senyum dan senyum. selepas aku menyelesaikan peperiksaan . aku terus menuju ke kampung untuk melihat pengembumian mak. tapi sayangnya apabila aku sampai mak sudah selesai dikebumikan. aku menangis lagi tapi cuma dalam hati. kerana aku teringat pesan mak. jangan menangis bila mak sudah tiada. tapi maaf mak. anak mu masih menangis hingga ke saat ini. sudah 8 tahun mak meninggalkan aku. perasaan itu masih terasa baru. maafkan anakmu yang masih menangisi pemergian mu.

sekian.

finally
Wednesday, April 5, 2017 • 1:34 AM • 0 comments
hey.




and finally aku dapat juga beli tiket flight. oh god! struggle gila before this.. sampai keluar ayat memaki saya tau. But alhamdulillah tonight dapat beli.. thankful for that. lot of things happened for the past few weeks. And im too lazy to update my blog. Now i totally forgot what am i suppose to share here. its 1.31 am right now. and i really wanna go to sleep. so i guess i'll be updating you again soon huh bloggie? yup.

im sorry i couldn't spent my time so much here.. i mean i can.. but im seriously too lazy. still wondering what i've been doing right now. what should i do next.. i dont know. kinda lost. i hate it. its okay.. i'll get on my track sooner or later. insyaallah. well.. goodbye then. i'll see you soon bloggie. love you.


bye.

pissed off
Sunday, March 19, 2017 • 11:47 PM • 0 comments



hai hello. hari ni bibiey nadhirah pissed off dengan surrounding. semua benda menjengkelkan,meloyakan,merunsingkan dan segala perasaan kurang senang yang wujud dalam perasaan seorang manusia bila dia merasakan bahawa keadaan sekeliling semua serba tidak kena. Pelik ? oh tidak. perempuan amat complicated. so benda ni tidaklah pelik.. dan aku tahu kenapa aku berperasaan sebegini. Dan mungkin yang lain juga tahu kenapa. sumpah seranah banyak aku lontarkan dalam setiap perbicaraan aku hari ini. Dan tiap kali aku tersebut perkataan yang aku tidak biasa sebut aku akan cuba bertenang.

tarik nafas dalam dalam. by the way.. aku nak cerita pasal gambar dekat atas tu. tu nama dia pasta ala campak dan tak sedap langsung. aku lapar jadi aku masak. its fun anyway walaupun tak sedap. next time aku try lagi. aku masih pening lepas makan benda ni.. ahhh. aku bosan aku confuse dengan semua benda. apa aku mahu buat dengan dengan hidup aku sebenarnya? aku masih tercari cari.

kadang kadang aku rasa giveup. bila aku give up aku mula menjauh dari orang sekeliling. dan paling hebatnya orang sekeliling tak tahu pun aku sedang menjauh. which is disturbing and kinda okay at the same time. but nevermind lah. orang akan sentiasa berperangai seperti orang. dan kita akan berperangai seperti kita. itulah yang membezakan kita dengan orang. aku harap aku akan jumpa apa yang aku cari.. same goes to you yang membaca. chauuu dulu. Kalau aku rasa mahu update blog lagi aku update. kalau tidak.. tidaklah. simple. bye


PAST
MY WORDS;
Hi! welcome ! ^^btw If you can't see the past&future button at the bottom , you can zoom out a little bit and you can see the button. tq ^^

WASSUP


" ILMU penyuluh hidup. AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti "

PLEASE..


.